Salam, , , , ,
Semua wanita inginkan fizikal yang sempurna persis seorang model kan, xterkecuali begitu juga dengan saya. Saya tidak kata pemberianNya tidak sempurna. Alhamdullilah pemberiannya pada saya cukup lengkap dan sempurna. Cuma syaa yang terlampau obses nak cantik dan merasa diri mempunyai kekurangan. Yes, kekurangan..semua ada kekurangan kan. So saya merasa rendah diri dengan penampilan saya yang fizikalnya agak rendah sedikit iaitu kurang daripada 145cm. Agak rendah kan. Saya ingin sangat kelihatan tinggi dan berketerampilan menarik serta tidak diejek atau ditertawakan oleh orang.
Saya sanagt2 bersyukur dengan pemberianNya tapi sikap manusia yang suka cari kekurangan seseorang membuatkan saya merasa rendah diri serta nak tampil cantik dan menarik. Actually saya malu nak luahkan pada sesiapa mengenai diri saya, saya hanya mampu luahkan dalam ni je. Kerana dalam ni xde orang yang kenal dengan kita. Kalau sesiapa baca pun mereka xkan kenal siapa kita kan.
Dengan luahan dalam ni saya berharap ada orang yang membaca dan membantu saya. Bantuan yang saya harapkan selama ini agar dapat mengubah hidup saya menjadi pujian yang bermakna dalam menjalani hari2 saya. Sebenarnya banyak lagi mengenai penampilan diri saya yang kurang menarik. Malu untuk diceritakan menjadi masalah buat saya, sehingga saya diam dan terpaksa melupakan aktiviti yang saya minati.
Dengan penampilan dan kurang keyakinan diri ini juga membuat saya merasa tiada harapan untuk bersama dengan lelaki yang amat saya cintai bak kate kalau dah angau kan..Cinta...?? why not ??
Someone help me,
No comments:
Post a Comment