Thursday 12 February 2015

Kehilangan Besar Buat Warga Kelantan

Salam,,,

Tepat jam 9.45pm pada 12/02/2015, merupakan malam jumaat, warga kelantan dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulamat yang disegani iaitu Tok Guru Nik Aziz Nikmat yang kembalu kerahmatullah. Orang ramai mula berpusu-pusu menuju kerumah TGNA untuk memberi penghormati terakhir selepas mengetahui berita pemergian tersebar dimedia semasa. Al-Fatihah buat TGNA.

Wednesday 11 February 2015

Rindu dia dan selalu ingat dia ?

Salam,,,

Persoalanan ku kat sini adakah dia juga ingat akan diriku sedang dia tidak mengenaliku pon, aku je yang selalu ingat dan berharap dekat dia ? adakah dia jodohku ? ewmmm,,, mungkinkah tidak ?
 Nape erk aku selalu ingat dia, nape aku rindu dia, nape aku jeles bile tengok dye balas coment fans dye, nape..nape..nape... ?

Sepanjang aku kenal dia, (kenal bukan face 2 face la, kenal dari laman maya and sebab dia star), dulu pernah la kenal dia face to face tapi dah lama, tu jaman skolah lagi,,, tapi dari dulu lagi la aku minat dia. Sekarang dia dah star and ramai fans yang giler2 kan dia. Tapi sepanjang dia jadi star xpernah sekali pon aku tngok dia ada gosip atau scandal dengan mana2 wanita. That why i like him, but imposibble. Maybe dia sudah berpunya tapi xnak tunjuk, atau dalam diam dia suka someone.

Tapi aku memohon sangat pada Allah, jikalau dia sudah berpunya atau sudah berkenan pada mana2 gadis tolong tunjukkan padaku agar aku tidak lagi berharap padanye lagi, dan satukan mereka, agar aku tidak membuang masa menunggu dan berharap akan bersatu dengan nya. Andai kata dia jodohku pertemukanlah kami Ya Allah dalam apa jua keadaan sekali pun. Tolong lah Ya Allah hambaMu ini sangat mencintai dan menyayangi nye.

Aku memohon berikanlah satu perasaan padanye apa yang aku tengah merasainye sekarang ini.



Saturday 7 February 2015

Tuesday 3 February 2015

Happy :) :) :) :) :)

Salam,,,

Hari ni dua kali jumpa gambar dia, come sangat, dia online tapi xberani nak add, tahot xditerima je. Ewmmmm, tgok dia dalam gambar pun dah happy, xtngok lagi kat luar, mahu pengsan dibuat nye nanti... hahhaaa...

     Andai dia jodohKu tunujukkanlah dan pertemuakanlah kami,

Aku masih berharap agar dia adalah jodohku, dan lembutkanlah hatinya agar dia juga selalu mengingatiku dan menyayangi ku.. Andai dia cinta istikharahku Ya Allah akan ku setia bersamanye dikala suka dan duka, dan setia disisinya sepanjang hidupku.

Sunday 1 February 2015

Teringat Dia :)

Salam,,,

ewmmm, walaupun bagai langit dengan bumi tetapi hati ini masih berharap agar dia jodohku. Hanya Tuhan saja yang tahu siapa jodoh kita kerna Dialah maha perancang segalanya. Aku berharap agar dia adalah jodohku dunia akhirat. Namanya tidak perlu di write kat sini, cukuplah sekadar tersemat di hati.

Salah satu faktor sebab mengapa kau tekad untuk merubah penampilanku agar aku yakin dan yakin sepanjang keyakinan..hahha3... suka ler sangat kan.... tapi boleh ke aku dengan dia ? secocok ke ? bodohnya aku ni.. secocok ke xsecocok ke, kalau dah jodoh xkemana secocok xsecocok nya tu. Allah dah tetapkan siapa jodoh kita, kita hanya perlu berdoa sahaja agar jodoh kita tu orang yang baik dan boleh membimbing kita kejalan syurga.

     Jika kita nak sangat orang tu jodoh kita maka berdoalah kita agar orang yang kita suka tu menjadi milik kita dan menjaga kita dunia akhirat. Aku juga selalu berdoa agar sidia pujaan hati jantungku itu adalah jodohku dan menjadi milikiku dunia akhirat. Ya Allah hanya pada-Mu la aku meluahkan segalanya.
     
          Opssssss...notis penting ye, dengar ni... kita jangan asyik berdoa lam alam maya je, real pun kena buat barulah dimakbulkan Allah.


Apapun aku akan sentiasa mencintainya, menunggu dia agar dia adalah jodohku. Selagi dia tidak kahwin, harapan ku masih ada. Selagi dia xkahwin selagi itulah aku xkan kahwin. Aku nak sangat dia jodohku, sumpah aku akan xkan cari lain dan akan setia dengannya.

ewmmm,,, aku xnak semua ini dalam mimpi, aku nak yang real. Jika dia benar2 jodohku pertemukanlah kami walau apa jua keadaan sekalipun.

Strezzz

Salam,,,

Dekat-dekat last sem ni makin sibuk pulok nampak nye, duit pon makin pokai. Nak buat partime susah xda kenderaan nak berulang alik. ewmmm... Hutang pulok banyak ni, mampos la...

Kawan,,
Kat sini aku nak try keraskan hatiku dengan tidak ambil tahu perihal orang yang suka mengata aku. Aku just nak pekakkan telinga butakan mata, sebab time aku susah dowang xtolong pon aku so buat apa nak pendulikan apa yang dowang kata about me kan. Orang cakap silent is better but at the same time ada orang akan kata kita ni sombong la agah la and macam2 lagi. But who cares ? ewmmmm,,,

" time kesusahan dan kepayahan tiba, di situ nyata kawan dan lawan "

today, cam biasa, nothing special..aha...yang specialnya assgment akan bertimbul..huhuhu :(


Saturday 31 January 2015

Kecewa (ingat pengorbanan ibubapa)

Salam,,,

ewmmm xtahu nak cakap pew, buka2 portal tngok result, kecewa sangat, kecewa giler, sangat tidak memuaskan. Dah usaha tapi still xbagus result, susahnya jadi orang slow ni. Macam mana nak jadi otak pikat ek ? Nak jadi cepat dalam sesuatu kerja dan memuaskan ? lau cam ni lah tahap aku, boleh ke aku dapat kerja yang baik ? Dapat kew aku bantu keluarga dan adik2 ku ? ewmmmm...

     Aku kesian sangat dengan kedua ibubapaku. Mereka berkerja keras untuk mencari nafkah bagi menyara kami adik beradik, bagi makan, bagi belajar agar jadi orang yang berjaya dan dapat menyara mereka dihari tua nanti. Tapi kami lansung tidak menghargai pengorbanan ibubapa kami. Aku sedih sangat bila terkenangkan ibubapa ku yang berkerja keras untuk menyara kami.

Bak pepatah ada menyatakan bahawa :

" Seorang ibu dapat menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang belum tentu dapat menjaga seorang ibu "

Apa pun aku memohon sangat2 kepada-Nya agar tidak menjadikan ku seoorang anak yang derhaka dan lupa akan ibubapa. Aku ingin membalas jasa kedua ibubapa ku sehingga hujung nyawa. Aku ingin memberi kesenganan pada kadua ibubapaku setelah mereka bertungkus lumus membanting tulang menyara kami adik beradik sehingga berjaya. Di usia mereka ini sepatutnya mereka banyak mendekatkan diri kepada Allah dan duduk rehat di rumah menikmati hasil tangan anak-anaknya. Tetapi kerana anak-anak mereka sanggup membanting tulang siang malam. Tanpa ibubapa siapalah kita ?