Sunday, 19 October 2014

Kenali Kelantan Tanah tumpah darahKu

Salam...
Ok saya merupakan anak jati Pasir Mas Kelantan. Dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan  di Pasir Mas Kelantan sehingga berjaya melanjutkan pengajian ke Menara Gading. Jadi saya nak anda semua kenali bumi bertuah yang kaya dengan adat tradisional orang melayu asli iaitu Kelantan Darul Naim.

KELANTAN.....

Kelantan Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan: Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayumerupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

JAJAHAN-JAJAHAN DIKELANTAN......
Kelantan Darul Naim terdiri daripada 10 jajahan iaitu :-
Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah,Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
  
Saya merupakan anak jati Kelantan jajahan Pasir Mas.....hehhehee .. ^_^ 




No comments:

Post a Comment